Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia
Nasional

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Foto RTM

PUTRAJAYA, 21 September – Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dilihat berpotensi besar untuk menjadi platform utama dalam mempromosikan seni, budaya, dan warisan Malaysia kepada pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa.

Festival selama tiga hari itu merupakan persiapan penting menjelang Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata festival ini adalah sebahagian daripada hasrat Perdana Menteri untuk menjadikannya acara tahunan yang menonjolkan warisan budaya negara.

\”Kita akan teruskan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan acara ini sebagai persembahan warisan budaya kita, dan saya yakin prestasi ini akan membawa manfaat menjelang ASEAN 2025 dan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026,\” katanya ketika ditemui selepas acara kemuncak majlis perasmian Malam Gala Warna-Warni MADANI di Putrajaya, malam tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, turut menegaskan kepentingan tahun hadapan dalam memposisikan Malaysia sebagai destinasi utama di Asia, bukan hanya di peringkat ASEAN.

\”Tahun depan amat penting bagi kementerian kita dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama, terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Banyak program akan direncanakan untuk mencapai matlamat ini,\” jelasnya.

Festival Budaya Putrajaya ini padat dengan pelbagai program menarik, menjadikannya salah satu destinasi tarikan utama bagi pelancong di masa hadapan.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...