Home Nasional FesKEP produk tarikan terbaharu Pahang
Nasional

FesKEP produk tarikan terbaharu Pahang

FesKEP produk tarikan terbaharu Pahang

Persembahan daripada orang asli dalam Majlis Perasmian FesKEP 2024 di Dataran Temerloh

TEMERLOH, 21 Julai- Festival Kesenian Peribumi Malaysia Pahang (FesKEP) bakal menjadi produk tarikan terbaharu di negeri itu menerusi penganjuran festival bertaraf antarabangsa pada tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata, penganjuran festival seakan Rain Forest di Sarawak itu dapat memberikan pulangan pelaburan buat kerajaan negeri.

Festival berkenaan dilihat membuka peluang kepada peniaga seperti pengusaha inap desa di Temerloh yang mendapat tempahan menggalakkan sepanjang penganjuran festival itu bermula Jumaat hingga Ahad.

\”Festival Kesenian Orang Asal Angtarabangasa ini seakan Rain Forest sekurang-kurangnya kita ada satu tapak di Pahang yang boleh memberi Pulangan Atas Pelaburan (ROI) kepada kerajaan negeri seperti di Sarawak.

\”…keunikan kita ialah dari segi nilai seni dan budaya sebab itu kita lihat kita bawak kraf dia sekali dan tenunan dan kita buat perkampungan sekali dengan rumah,\” kata Rosnan selepas Majlis Perasmian FesKEP 2024 di Dataran Temerloh di sini.

Menurut Rosnan festival peringkat antarabangsa tersebut merupakan sambutan dan penghargaan masyarakat terhadap seni budaya.

Selain itu Malaysia dijadualkan akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan JKKN akan bekerjasamadengan negara-negara ASEAN.

Majlis itu turut dihadiri Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man.

Dalam pada itu, Yu Man memberitahu, kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran festival dan memberikan sokongan penuh terhadap program tersebut.

Kepelbagaian budaya masyarakat orang asli juga telah menjadi tarikan pelancongan di negeri itu dengan pelbagai pakej pelancongan membabitkan komuniti itu telah diperkenalkan.

Festival yang mengetengahkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi di negara ini turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti lain seperti pameran, aktiviti jualan, pertandingan ratu cantik cilik orang asli dan sewang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....