Sunday , 16 February 2025
Home Nasional Fenomena air pasang besar bukan 'hiburan'
Nasional

Fenomena air pasang besar bukan 'hiburan'

Fenomena air pasang besar bukan 'hiburan'

Foto hiasn

KUALA NERUS, 14 Januari- Orang ramai sekali lagi diingatkan tidak menjadikan fenomena air pasang besar dan kawasan hakisan pantai sebagai tumpuan mengambil gambar.

Menerusi tinjauan di sekitar pantai Seberang Takir, di sini mendapatimasih ada individu mengambil kesempatan menyaksikan fenomena itu secara dekat dan menjadikannya sebagai bahan kandungan media sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar berkata, ombak kuat setinggi lebih 2.8 meter berserta angin kencang dikhuatiri mampu mengancam keselamatan pengunjung.

\”Ada individu yang membuat kandungan untuk media sosial, buat siaran langsung. Peranan kami adalah dengan mendekati kumpulan ini dan memberi nasihat supaya jangan mendekati pantai kerana berbahaya.

\”Seperti yang kita nampak keadaan benteng pantai juga terhakis akibat ombak besar dan keadaan ini membahayakan. Namun satu laluan di sepanjang Seberang Takir ditutup untuk keselamatan.

\”Saya nasihatkan kepada pengunjung dan orang ramai supaya berhati-hati melalui pantai Seberang Takir. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan hingga 15 Januari,\” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau meninjau ke beberapa lokasi air pasang besar yang sering menjadi tumpuan pengunjung sepanjang tempoh luruan ombak.

Mengulas lanjut beliau berkata, kawalan dan pemantauan di pesisir pantai yang sering menjadi lokasi tumpuan awam terus dipertingkat.

Untuk rekod, fenomena air pasang besar sepanjang tempoh ini menyebabkan hakisan pantai di Batu Rakit bertambah teruk.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...