Home Nasional FELDA dicadang di bawah seliaan KKDW
Nasional

FELDA dicadang di bawah seliaan KKDW

FELDA dicadang di bawah seliaan KKDW

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober– FELDA dicadang untuk diletak sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperkukuh dan memulih agensi tersebut.

Cadangan itu dikemuka Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa untuk memastikan urusan pentadbiran dan kawal selia yang lebih berkesan.

Beliau berkata perancangan dan hala tuju kerajaan mengenai masa depan FELDA tidak jelas sejak agensi itu diletak bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

\”Penyeragaman tiga agensi utama yang menjadi tunjang ekonomi masyarakat luar bandar perlu dilakukan.

Ini supaya gerak kerja memperkukuh sektor sawit dan getah dapat berjalan dengan lebih berkesan kerana adanya pemusatan dari segi pentadbiran,\” kata Datuk Mohd Isam di Parlimen,

Menurut Datuk Mohd Isam, kedudukan kewangan FELDA juga memerlukan lonjakan baharu agar dapat dipulih sepenuhnya.

Tanah seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV mesti diambil alih semula kerana pulangan kepada FELDA iaitu RM238 juta dan 15 peratus hasil keuntungan tanah yang dipajak, sudah tidak lagi berbaloi,\” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, pengumuman kerajaan mengenai langkah menaikkan kadar gaji minimum masih menjadi tumpuan pada hari terakhir perbahasan peringkat dasar RUU Perbekalan 2025.

Menurut Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, gaji minimum yang diterima pekerja ketika ini tidak setimpal.

\”Oleh itu, adalah lebih baik dan wajar untuk kerajaan mengambil langkah meningkatkan kadar gaji minimum supaya pekerja mendapat bahagian yang lebih adil daripada hasil ekonomi negara kita,\” kata Chong di Parlimen.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....