Home Nasional FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTM

KANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama pelbagai agensi lain telah melaksanakan 36 program yang memberi impak besar kepada perkembangan pendidikan teknologi dan kecemerlangan pelajar.

Menerusi 36 program ini, lebih 3,000 peserta terlibat termasuklah dikalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA, pensyarah dan guru serta penceramah berkemahiran tinggi.

Menurut Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, setiap program yang dilaksanakan adalah selari dengan peranan FCoEE dalam membantu sistem pendidikan dengan memberi nilai tambah, menyokong pembentukan komuniti pendidikan Perlis yang mampan seiring dengan perubahan arus pendidikan perdana dan berteknologi.

Antara program berimpak tinggi yang dilaksanakan termasuklah memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi menyokong usaha Kementerian Pendidikan menjadikan pembelajaran A.I di sekolah menjelang 2027.

‘’Bagi mengukuhkan pengetahuan dalam teknologi dan penyelidikan serta tambahkan keterlihatan FCoEE di peringkat antarabangsa,FCoEE turut mengadakan kerjasama peringkat antarabangsa termasuklah bersama University Prince of Songkhla Thailand.’\’

‘’Selain itu, bagi mendapatkan inspirasi dan memahami pendekatan pengajaran AI dan robotik, FCoEE turut bekerjasama dan mengadakan lawatan ke Pui Ching Middle School, Macau bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan kurikulum AI dan robotik yang boleh dipraktikkan kepada pelajar di Perlis\”, katanya di sini.

Sepanjang 2024 juga, FCoEE turut melaksanakan TVET Tahfiz Bersama ILP Kangar, Program AI Summer Camp, Simposium Pendidikan Eksklusif Era Digitalisasi , Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) dan menubuhkan Kelab AI dan Robotic Educational Club (AiRED).

Dalam usaha meningkatkan modul dan penyelesaian permasalahan serta peningkatan ekonomi asnaf, FCoEE turut menyediakan 53 geran penyelidikan bernilai lebih RM500,000 yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik di universiti awam atau mana-mana institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...