Home Nasional Fasa peralihan monsun bermula hari ini sehingga Mei- METMalaysia
Nasional

Fasa peralihan monsun bermula hari ini sehingga Mei- METMalaysia

Fasa peralihan monsun bermula hari ini sehingga Mei- METMalaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Fasa peralihan monsun dijangka bermula hari ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 5 November tahun lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan semasa fasa peralihan monsun, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

\”Keadaan ini amat sesuai untuk berlakunya ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang yang menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga awal malam.

Keadaan cuaca ini juga berpotensi menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh.

Ia berlaku dikebanyakan kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan selatan, juga di barat dan tengah Sarawak.

METMalaysia turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada sepanjang tempoh peralihan itu serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Dapatkan informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat menerusi laman web rasmi di www.met.gov.mydan aplikasi myCuaca.

\”Ikuti METMalaysia di Telegram untuk mendapatkan maklumat serta informasi cuaca yang pantas dan sahih menerusi channel Telegram https://t.me/metmalaysia\”, menurut METMalaysia.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...