Home Nasional FAMT 2024 sumbang pertumbuhan ekonomi industri jahitan
Nasional

FAMT 2024 sumbang pertumbuhan ekonomi industri jahitan

FAMT 2024 sumbang pertumbuhan ekonomi industri jahitan

Kata Soon Hin, selain menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi industri jahitan, juga sebagai sumber warisan budaya negara.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Persekutuan Persatuan-Persatuan Tukang Jahit Malaysia menghimpunkan 300 tukang jahit mahir, pereka serta peminat fesyen dari 14 negara di Asia dan Eropah menerusi Persidangan Perikatan Industri penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024).

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata persidangan itu bakal memberi peluang kepada pereka tempatan dan tukang jahit antarabangsa, berkongsi pandangan berkaitan kreativiti dan teknik penjahitan.

Kata Soon Hin, selain menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi industri jahitan, juga sebagai sumber warisan budaya negara.

\”Menerusi dunia perniagaan hari ini, usahawan tempatan bukan sahaja bergantung kepada kreativiti mereka, tetapi juga kepada warisan, kisah perjuangan dan pengalaman yang telah membentuk identiti serta strategi mereka,\” katanya selepas Majlis Pelancaran FAMT 2024 di sini.

Tambah beliau, jalinan kerjasama yang kukuh antara negara terlibat dapat membantu merealisasikan penubuhan \’Hab Fesyen dan Rekaan\’ di Malaysia.

\”Dengan penubuhan pusat ini, kita tidak hanya mengembangkan pasaran tetapi juga memberi peluang kepada pereka dan usahawan tempatan untuk mempamerkan kreativiti mereka di pentas yang lebih luas,\” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....