Home Nasional FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November
Nasional

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November

FOTO FAIL

KANGAR, 14 Disember – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.4 juta melalui operasi outlet pasar tani, hingga November lalu.

Nilai jualan yang dicatatkan itu melibatkan 131 peserta di tiga buah Pasar Tani di seluruh negeri itu, iaitu Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Pasar Tani Dataran ABC MAIPs dan Pasar Tani UniMAP Kampus Pauh Putra.

Menurut Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan, pencapaian tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2024 iaitu sebanyak RM2.2 juta.

\”Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna dan usahawan, FAMA Negeri Perlis telah mengambil inisiatif menaik taraf tiga buah pasar tani melibatkan peralatan-peralatan yang digunakan.

\”Inisiatif menaik taraf itu melibatkan kos sebanyak RM27,500 yang memberi manfaat kepada semua peserta dan pengunjung pasar tani,\” kata Anzara.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau pengoperasian Pasar Tani Khas sempena program Perlis Usahawan Fest 2024 bermulalah 13 Disember hingga 15 Disember di Dewan 2020 Kangar, di sini.

Selain naik taraf Pasar tani, FAMA juga membangunkan projek baharu iaitu Agrobazaar Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat melibatkan peruntukan sebanyak RM135,000.

Pembangunan projek baru melibatkan penyediaan tiga lot perniagaan bagi komoditi buah-buahan tempatan dan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) negeri Perlis dan dijangka memberi manfaat kepada 1,200 pengguna dalam sebulan.

Pelaksanan Pasar Tani Khas ini melibatkan 30 usahawan yang menfokuskan kepada jualan produk agromakanan Industri Makanan dan Asas Tani, jualan makanan dan minuman serta buah-buahan tempatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....