Home Nasional Fakulti kejuruteraan UUM perlu diwujudkan, penuhi keperluan negara – PM
Nasional

Fakulti kejuruteraan UUM perlu diwujudkan, penuhi keperluan negara – PM

Fakulti kejuruteraan UUM perlu diwujudkan, penuhi keperluan negara – PM

Anwar Ibrahim

KULIM, 8 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi bagi mewujudkan fakulti kejuruteraan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi memenuhi keperluan negara.

Selain itu, Anwar berkata, usaha itu penting bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktor global utama yang semakin meningkat.

\”Saya mungkin akan bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) kemungkinan UUM membuka jabatan fakulti kejuruteraan kerana keperluan negara yang agakmendesak.

\”Tetapi bukan kejuruteraan biasa… disiplin itu perlu dibaiki untuk menambah soal-soal digital kerana teknologi kecerdasan buatan (AI) ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan jurutera,\” katanya.

Tambah Anwar, perubahan yang pesatperlu disegerakan bagi memenuhi keperluan semasa.

Beliau hadir pada Sesi Dialog Belanjawan 2025 bersama 70 wakil industri industri elektrik dan elektronik (E&E) dari 52 syarikat berpengkalan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak di SilTerra Malaysia dekat sini, hari ini.

Turut mengiringi Anwar adalah Menteri BesarKedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...