Home Nasional Fakhrunniam Othman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV
Nasional

Fakhrunniam Othman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV

Fakhrunniam Othman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam Othman

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- FGV Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Nov 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata Fakhrunniam adalah pengarah bahagian kumpulan, logistik dan sokongan sejak 1 Januari, 2023.

Kerjayanya menjangkau lebih 31 tahun bermula pada 1992 sebagai pelatih pengurusan di Caltex Oils Malaysia Ltd.

Beliau kemudian bekerja di Sapura Telecommunication Bhd sebagai penolong pengurus, diikuti dengan peranan sebagai akauntan kumpulan di Alloy Consolidated Sdn Bhd, katanya.

Fakhrunniam mempunyai pengalaman luas dengan Kumpulan FGV sejak menyertai sebagai akauntan di Felda Holdings Bhd (FHB) pada tahun 2000.

“Berikutan giliran kerja, peluasan tanggungjawab dan penilaian prestasi, Fakhrunniam seterusnya dilantik sebagai pengurus besar (2004) dan GM kanan kewangan FHB pada 2006.

“Dari 2008 hingga 2011, beliau telah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan setiausaha syarikat untuk firma Amerika Syarikat (AS), Twin Rivers Technologies (TRT) Inc yang telah memberikannya pendedahan global dengan ketara dalam pelaburan, minyak dan lemak serta bidang oleokimia,” katanya.

Sekembalinya ke tanah air, Fakhrunniam menyertai bahagian strategi kumpulan itu sebagai naib presiden dan mengambil bahagian dalam penyenaraian FGV,

Dalam pada itu, beliau dilantik sebagai CEO tiga anak syarikat, iaitu FGV Marketing Services Sdn Bhd, FGV Trading Sdn Bhd, dan FGV Transport Sdn Bhd sekitar 2013 hingga 2016.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pegawai strategi pada 2017, ketua pegawai pelaburan (2019-2022) dengan penugasan sementara sebagai pemangku CEO MSM Holdings Bhd pada September 2020.

Fakhrunniam memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam pengurusan am dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia.

Beliau ialah seorang akauntan bertauliah, berkelulusan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), United Kingdom (UK) dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia.- BENAMA

Related Articles

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025
Nasional

Petugas media dijemput sertai Pesta Pantun sempena HAWANA 2025

Penyertaan Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 terbuka kepada semua petugas media / Foto...

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini
Nasional

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/BernamaSEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu...