Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Fahmi tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen
Nasional

Fahmi tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen

Fahmi  tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Julai– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), menutup ruangan komen di akaun media sosial organisasi.

Menurut Fahmi, agensi media berhakmengenakan sekatan dengan kaedah yang dirasakan perlu, termasukmenutup ruangan komen mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

\”Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021, berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

\”Ini keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab atas komen-komen yang dimuat naik, saya sarankan kita berhati-hati dengan komen yang dimuat naik\”, katanya demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Mas mengenai ruangan komen akaun media sosial agensimedia seperti Bernama yang ditutup dankaedah mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan berkaitan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...