Home Nasional Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura
Nasional

Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura

Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura

Foto FB Fahmi Fadzil

SINGAPURA, 29 Julai- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan mesyuaratdengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura Josephine Teo pada Isnin, memfokus kepada pelesenan platform media sosial.

Perbincangan yang berlangsung selama satu jam di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) bertujuan memastikan persekitaran internet yang selamatkhususnya untuk seisi keluarga dan kanak-kanak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Sabtu mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi mulai 1 Ogos sebagai sebahagian daripada rangka kawal selia baharu yang akan diperkenalkan.

Singapura mempunyai rangka kawal selia ke atas platform media sosial di negara itu sejak 2022.

Fahmi diiringi delegasi Malaysia termasuk Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Khairul Nazran Abdul Rahman, serta para pegawai dari MCMC.

Sebelum pertemuan itu, Fahmi dan delegasinya bertemu dengan para pegawai dari MDDI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebuah badan berkanun yang membangun dan mengawal selia sektor infokom dan media di Singapura.

Delegasi itu diberi taklimat mengenai Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) Singapura, Akta Jenayah Dalam Talian (OCHA) serta pengendalian krisis dan kecemasan seperti penyebaran maklumat palsu berkaitan keselamatan awam atau ancaman kesihatan.

Semasa lawatan kerja itu, Fahmi juga dijadual bertemu pengendali platform media sosial bagi menangani isu berkaitan kandungan dalam talian termasuk penipuan, buli siber dan pornografi.- BERNAMA

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...