Home Nasional Etnik Rohingya besar kepala, berani langgar undang-undang jalan raya
Nasional

Etnik Rohingya besar kepala, berani langgar undang-undang jalan raya

Etnik Rohingya besar kepala, berani langgar undang-undang jalan raya

FOTO JOJ KEDAH

ALOR SETAR, 10 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang dipandu oleh seorang lelaki warga Rohingya dalam satu operasi di sekitar Alor Setar.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata individu terbabit dipercayai telah menggunakan kenderaan tersebut secara tidak sah dan menjalankan perniagaan menjual ayam kampung secara bergerak.

Beliau berkata seperti sedia maklum pemegang kad UNHCR tidak layak untuk memandu sebarang kenderaan di negara ini.

Namun, apa yang membimbangkan, warga Rohingya kini dilihat semakin besar kepala dan berani melanggar undang-undang jalan raya.

\”Ada antara mereka tidak takut dikenakan saman kerana merasakan diri mereka \’kebal\’ daripada tindakan undang-undang, memandangkan status sebagai pelarian UNHCR.

\”Sikap ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan mengenai keselamatan jalan raya,\” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap kes-kes seumpama itu kerana ia melibatkan keselamatan jalan raya dan kepatuhan kepada undang-undang negara.

Katanya pemanduan tanpa lesen memandu yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya lain.

Justeru, orang ramai yang ingin membuat aduan termasuk salah laku lalu lintas boleh salurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui saluran e-aduan aplikasi MyJPJ.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...