Thursday , 6 February 2025
Home Nasional ESC mudah cara urusan kemasukan eskpatriat pelaburan, perniagaan
Nasional

ESC mudah cara urusan kemasukan eskpatriat pelaburan, perniagaan

ESC mudah cara urusan kemasukan eskpatriat pelaburan, perniagaan

Pusat Satelit Ekspatriat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini/ BERNAMA

SEPANG, 23 Julai– Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) kini dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ESC yang beroperasi 24 jam itu dapat memudah cara pengeluaran pas bagi ekspatriat profesional dengan kelulusan serta merta.

Kemudahan ESC sebelum ini telah beroperasi di Terminal 1 KLIA sejak 2021 bertujuan memudah cara kemasukan golongan profesional dan perniagaan yang mahu meneroka prospek pelaburan di Malaysia.

\”Saya yakin pembukaan ESC ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) memudah cara urusan imigresen yang seterusnya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara.

\”Jadi sasaran kita ialah kelompok ekspatriat yang bekerja di sini dengan masing-masing dari syarikat multinasional dan pelbagai syarikat pelabur\”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan ESC di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Pembukaan ESC itu boleh dilihat sebagai suatu impak kejayaan Malaysia yang telah merekodkan peningkatan bilangan ekspatriat, sekali gus menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi salah satu destinasi pilihan bagi syarikat multinasional dan pelabur.

Sehingga 21 Julai, sejumlah 22,462 Pas Imigresen telah dikeluarkan ESC dengan purata 714 pas disahkan dalam masa sebulan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...