Home Nasional Enam premis dijilat api, punca kebakaran disiasat
Nasional

Enam premis dijilat api, punca kebakaran disiasat

Enam premis dijilat api, punca kebakaran disiasat

Dua buah kenderaan dan sebuah van hangus terbakar dalam kebakaran di Kuantan

KUANTAN, 26 Ogos- Enam premis, termasuk empat bengkel kereta musnah dalam kebakaran di belakang sebuah stesen minyak Jalan Teluk Sisek, di Kuantan, Pahang awal pagi tadi.

Kebakaran itu membabitkan empat bengkel kereta, sebuah kedai makan dan tempat sembahyang jenis bangunan separuh kekal yang hangus sepenuhnya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan berkata, kebakaran itu turut melibatkan dua kereta dan sebuah van turut terbakar dianggarkan 50 peratus.

\”Berdasarkan laporan, bomba menerima panggilan pada pukul 1.58 pagi dan seramai 20 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Taman Tas dengan tiga jentera bergegas ke tempat kejadian.

\”Kerja penyejukan di sekitar lokasi dilakukan bagi tujuan menghalang api daripada merebak dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4.14 pagi,\” katanya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...