Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas persiaran dan lori treler di Kilometer 204.0, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara malam tadi / Foto JBPM

AYER KEROH, 23 Disember – Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas persiaran dan lori treler di Kilometer 204.0, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, lima mangsa yang maut merupakan penumpang MPV, manakala seorang lagi adalah pemandu bas.

JBPM menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.45 malam daripada orang awam.

JBPM memaklumkan ,kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa lapan penumpang (lima dewasa dan tiga kanak-kanak), bas persiaran dengan 27 penumpang termasuk dua pemandu, serta sebuah lori treler dengan seorang pemandu dan seorang penumpang.

Operasi menyelamat masih diteruskan.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala
Nasional

Malaysia, Bahrain komited perkukuh kerjasama dua hala

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 23 Disember- Malaysia dan Bahrain komited perkukuh kerjasama dua...