Home Nasional Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT
Nasional

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Tangkap layar kes pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan pada Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Polis menahan enam lagi individu dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun itu ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.

Keenam-enam suspek itu dibebaskan hari ini setelah diambil keterangan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

\”Siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun laporan masih perlu dilengkapkan sebelum keputusan dibuat,\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu dua lagi suspek berumur 22 dan 24 tahun yang direman pada Selasa lepas turut dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pada 21 Disember lalu polis mengesan video tular memaparkan kejadian pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling.

Insiden berkenaan melibatkan kira-kira 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah serta menendang pintu tren hingga mengakibatkan kerosakan.

Susulan itu pihak Prasarana Malaysia Berhad telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

BERITA BERKAITAN:

  • KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
  • Polis buru penyokong bola sepak bertindak agresif di LRT Bandar Tasik Selatan
  • Insiden gaduh penyokong bola sepak, Prasarana buat laporan polis

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....