Home Nasional EMRKL 3.0: Terokai KL penuh sejarah pada 24 Ogos depan
Nasional

EMRKL 3.0: Terokai KL penuh sejarah pada 24 Ogos depan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Rapid KL akan menganjurkan Eksplorasi Merdeka Rapid KL 3.0 (EMRKL 3.0) di Dataran Muzium Negara sempena meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan pada 24 Ogos depan.

Acara tahunan itu akan menawarkan pengalaman menarik kepada peserta selain meraikan ulang tahun Rapid KL ke-20 yang mengetengahkan aktiviti sukan dan budaya disepanjang jajaran rel dan bas Rapid KL.

\”Pelbagai evolusi telah dilaksanakan Rapid KL sepanjang dua dekad dalam mentransformasikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

\”Peserta berpeluang meneroka sejarah dan mempelajari budaya melalui pameran, kuiz, dan aktiviti interaktif,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah kenyataan itu, Dataran Muzium Negara dipilih sebagai lokasi pelepasan peserta pada tahun ini.

Pemilihan lokasi bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat mercu tanda Kuala Lumpur kepada generasi muda.

\”Banyak lokasi bersejarah dan menarik di pusat bandar yang boleh diakses menerusi pengangkutan awam,\” katanya.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bakal menerima hadiah berupa wang tunai.

Peserta juga bakal berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bagi cabutan bertuah.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web Rapid KLdan peserta dinasihatkan untuk mendaftar segera kerana tempat adalah terhad.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...