Home Nasional Empat penjenayah maut ditembak, lima ditahan – PDRM
Nasional

Empat penjenayah maut ditembak, lima ditahan – PDRM

Empat penjenayah maut ditembak, lima ditahan – PDRM

Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Empat penjenayah disyaki anggota kumpulan penculik, maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis dalam dua kejadian berasingan di Skudai, Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kes penculikan dua individu bulan lalu membabitkan pembayaran wang tebusan dalam bentuk Bitcoin sebanyakAS$1.16 juta (RM5.45 juta).

Kejadian penculikan melibatkan dua mangsa yang merupakan seorang lelaki warga China dan seorang wanita tempatan pada 11 Julai lalu.

Kedua-dua mangsa telah dibebaskan pada 15 Julai di sekitar Negeri Sembilan, selepas adik mangsa (warga China) itu membayar wangtebusan kepada suspek.

\”Suspek berjaya dikenal pasti hasil siasatan dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

\”Salah seorang suspek yang sedang memandu kereta di kawasan Jalan Skudai-Gelang Patah, Johor mati dalam insiden tembak-menembak.

\”Semakan mendapati, suspek berusia 51 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah, selain pernah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah,\” katanya menerusi sidang media di sini.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut membawa kepada satu lagi serbuan terhadap tiga lagi suspek di sebuah rumah di Taman Impian Emas, Skudai pada pukul 12.05 tengah malam tadi.

\”Dan apabila kita memasuki rumah tersebut kita telah dihujani atau ditembak dan kita membalas tembakan.. ketiga-tiga penghuni rumah itu juga tumpas mati ditembak.. kita telah menemui dua pucuk senjata dan satu parang dalam konteks mereka menyerang pihak polis.

\”Berdasarkan siasatan awal pihak polis mendapati kumpulan tersebut hanya terlibat dengan satu kes culik dan sedang menyiasat di mana wang tebusan yang dibayar itu disimpan.

\”Manakala kita telah memberkas lima orang lagi untuk membantu siasatan,\” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawahSeksyen307 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...