Home Nasional Empat parah, lima cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Serian-Tebedu
Nasional

Empat parah, lima cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Serian-Tebedu

Empat parah, lima cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Serian-Tebedu

FOTO FAIL

SERIAN, 23 Februari – Empat cedera parah manakala lima cedera ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van dan kereta berhampiran Kampung Pichin, Jalan Serian-Tebedu, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan berkata, mereka yang cedera parah terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

\”Membabitkan sebuah van sewa yang membawa enam penumpang dan sebuah kereta yang dinaiki tiga individu,\” menurut kenyataan itu.

PGO menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.20 petang bersama lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian digegaskan ke tempat kejadian.

\”Setibanya pasukan itu di lokasi, mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan daripada orang awam yang berada ditempat kejadian,\” kata kenyataan itu.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...