Home Nasional Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Nasional

Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing

Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing

Empat lubang benam (sinkhole) dikesan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Jekjok, Kelantan / Foto RTM

GUA MUSANG, 22 Disember – Empat lubang benam (sinkhole) dikesan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Jekjok, Kelantan, sejak laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan pada 14 Disember lalu.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata kerja pembaikan masih belum dapat dilakukan kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian terhadap gerakan air bawah tanah dan keselamatan tanah di kawasan itu.

“Lubang-lubang air dan kewujudan gua bawah tanah yang sedia ada memberi kesan buruk sehingga menyebabkan terbentuknya lubang benam.

“Terdapat empat lubang benam yang telah dikenal pasti oleh pihak JKR. Demi keselamatan, jalan ini terus ditutup kepada semua kenderaan sehingga kajian selesai dan tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Banjir oleh Syarikat Damai Kuari Sdn. Bhd, Kuari Dinar Sdn. Bhd, dan Vita Mix Sdn. Bhd di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mengesahkan laluan berkenaan ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga arahan baharu dikeluarkan oleh pihak JKR.

Penutupan jalan di kawasan itu dijangka berlanjutan sehingga kajian dan pembaikan selesai bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....