Home Nasional Empat keluarga Kampung Rantau Panjang dipindahkan ke PPS
Nasional

Empat keluarga Kampung Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Empat keluarga Kampung Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, Kuching/Foto APM Kuching

KUCHING, 28 Januari – Empat keluarga dari Kampung Rantau Panjang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SJK (C) Chung Hua Batu Kawa malam tadi selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Mejar Wan Khairul Zakwan Wan Tajudden, berkata seramai 12 penduduk terjejas telah dipindahkan pada pukul 9 malam.

\”Operasi memindahkan penduduk lain masih berjalan sehingga pukul 10 malam tadi, dengan sasaran 30 keluarga lagi untuk dipindahkan.

“Walaupun trend air mula surut, paras air yang direkodkan melebihi satu meter menyebabkan kami terpaksa mengambil langkah memindahkan penduduk bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap ramalan hujan lebat dan air pasang besar yang dijangka berlaku pada pukul 3 pagi ini, yang boleh menyebabkan situasi banjir bertambah buruk.

Sementara itu, tinjauan RTM di sekitar kawasan Satok petang tadi mendapati penduduk mula memindahkan harta benda dan kenderaan ke tempat tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap Baraj Kuching pula memaklumkan bahawa paras air laut setinggi 10.10 meter direkodkan setakat pada pukul 5 petang tadi

Pintu baraj dibuka sekitar pukul 6 petang bagi membolehkan air sungai dialirkan ke laut dan akan terus dibuka sehingga pukul 12 tengah malam untuk mengelakkan pertembungan dengan air pasang besar pada awal pagi esok.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...