Home Nasional Empat individu tempatan dilaporkan maut selepas hadir konsert
Nasional

Empat individu tempatan dilaporkan maut selepas hadir konsert

Empat individu tempatan dilaporkan maut selepas hadir konsert

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Januari- Empat individu tempatan dilaporkan meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima empat laporan polis dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kematian itu.

\”Polis Kontinjen Selangor mengesahkan ada menerima empat laporan polis daripada pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian yang melibatkan dua lelaki dan dua wanita warga tempatan,\” menurut kenyataan itu.

Hasil siasatan mendapati keempat-empat individu berkenaan telah menghadiri sebuah Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca kematian itu sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.

\”Post mortem telah dijalankan pada 1 Januari dan punca kematian masih \”pending laboratory investigation\”.

\”Pemeriksaan ke atas kesemua si mati ini yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun, didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....