Home Nasional Empangan Slim River: 10,000 penduduk terputus bekalan air, elektrik
Nasional

Empangan Slim River: 10,000 penduduk terputus bekalan air, elektrik

Empangan Slim River: 10,000 penduduk terputus bekalan air, elektrik

Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh bomba dan anggota APM.

TANJUNG MALIM, 24 Ogos – Penduduk di Slim Village dan Ulu Slim menyifatkan kejadian kepala air dan empangan pecah yang berlaku semalam tragedi yang paling dahsyat pernah dialami mereka dalam tempoh 15 tahun.

Hampir 10,000 penduduk berdepan kesukaran selepas bekalan air dan elektrik terputus sejak semalam sekali gus menjadikan situasi semakin mencabar.

Kejadian mengejutkan itu berlaku tanpa diduga oleh penduduk setempat, yang sebelum ini hanya mengalami banjir kecil di daerah Muallim.

Seorang mangsa banjir, Raja Abu Bakar Bakar Raja Adnan, meluahkan rasa terkejut berkata, kejadian kali ini paling teruk selain jalan dan jambatan terputus.

\”Kami dah hampir sampai rumah di Sungai Muda, cuma lima minit lagi. Tapi pakcik telefon kata air dah masuk rumah, dan ban sungai tu dah pecah. Air terus melimpah masuk sampai paras dada,\” kata Nurul Niza Sahapiee, seorang lagi mangsa yang menceritakan saat genting yang dialaminya.

Kesan daripada bencana tersebut, seramai 175 mangsa daripada 42 keluarga telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Slim Village.

Terdahulu, Berita RTM nelaporkan seramai 19 orang terperangkap di Risda Eco Park susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Insiden kepala air di Kampung Sungai Bill dan pecahnya empangan di Kampung Pasir Ulu Slimberhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim mengakibatkan tiga jambatan runtuh, termasuk Jambatan Utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim, dan Jambatan Kampung Piong.

Bencana itu menyebabkan 50 penduduk terperangkap di beberapa lokasi, namun tiada individu dilaporkan hilang.

BERITA BERKAITAN:

  • Jambatan Bailey dibina ganti sementara jambatan lama Sungai Slim
  • Kepala air: 19 terperangkap di Risda Eco Park selamat

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...