Monday , 17 February 2025
Home Nasional Elak sifat hipokrit untuk dapat peruntukan- TPM Zahid
Nasional

Elak sifat hipokrit untuk dapat peruntukan- TPM Zahid

Elak sifat hipokrit untuk dapat peruntukan- TPM Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berucap pada Majlis Penutupan Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini hari ini/ Foto: FB Zahid Hamidi

JASIN, 11 Ogos– Pemimpin politik diingatkan supaya tidak bersikap taqiyyah atau hipokrit hanya untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia berikutan ada pemimpin yang bermanis mulut di hadapan namun memfitnah di belakang.

Beliau berkata ada terdapat beberapa negeri diterajui pembangkang yang dilihat tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

“Kita ketahui bahawa terdapat negeri-negeri yang tidak mempunyai keserasian, namun kita amat mengagumi sikap keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri di dalam memberikan peruntukan.

\”Dalam keadaan yang begini kita lihat di hadapan kelihatan muka pemimpin-pemimpin manis, tapi di belakang terutama ketika pilihan raya, maki dan fitnah terus berjalan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Siti Faizah Abdul Azis.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...