Home Nasional Elak pertentangan kaum demi perpaduan negara
Nasional

Elak pertentangan kaum demi perpaduan negara

Elak pertentangan kaum demi perpaduan negara

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua rakyat Malaysia saling memerlukan dan melengkapi, terutamanya dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan.

Katanya, Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan beberapa kelompok.

\”Malah mesti dilonjak nilai dan prinsip keadilan sejagat agar menyemangati hasrat dan harapan besar tokoh dan pendiri bangsa yang mahukan negara ini di baris depan menjulang masa depan dan maruah bangsa.

\”Sering saya tekankan betapa perbedaan kaum dan budaya adalah resipi kemakmuran kepada mana-mana negara yang mendambakan kerukunan dan keamanan atas dasar dan prinsip hidup berdamping,\” kata Anwar menerusi hantaran Facebook sempena Hari Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian esok.

Perdana Menteri dalam hantaran sama turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian.

\”Acara dan perayaan Krismas tanggal 25 Disember saban tahun kembali menjelang dan menceriakan ramai penganut Kristian di serata dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

\”Selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian, dengan titipan agar luangkan masa yang secukupnya bersama yang tersayang di hari besar ini dan hidupkan kecintaan antara insan,\” kata beliau.

Anwar berkata sebagai negara yang beragam dan rencam ras serta budaya, perayaan-perayaan besar seperti Krismas terus menjadi sumber kekuatan dan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia.

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....