Home Nasional Eksport durian, galak pengeluaran Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar
Nasional

Eksport durian, galak pengeluaran Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar

Eksport durian, galak pengeluaran Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Usaha mengkomersialkan durian yang mempunyai nilai tinggi terus dipergiat.

Ini termasuk menggalakkan pengeluaran Durian Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata menerusi Jabatan Pertanian, inisiatif dilakukan bertujuan meningkatkan pengeluaran durian untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 79,000 anak pokok durian Musang King dan 18,707 anak pokok durian Duri Hitam telah dikeluarkan melalui pusat-pusat pertanian bagi tujuan tersebut.

\”KPKM juga telah menandatangani protokol keperluan fitosanitari pengeksportan buah durian segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC). Dengan termeterainya Protokol tersebut, membolehkan buah durian segar dieksport ke China,\” katanya.

Tambah Mohamad, ketika ini, Jabatan Pertanian sedang memuktamadkan sijil fitosanitari dengan mengemukakan senarai ladang serta fasiliti pembungkusan mengeksport durian segar ke China.

Selain memperkasakan Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-UP) bagi petani-petani berkecimpung dalam tanaman durian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....