Home Nasional Dua rakan karib maut terhidu gas helium dalam kereta
Nasional

Dua rakan karib maut terhidu gas helium dalam kereta

Dua rakan karib maut terhidu gas helium dalam kereta

FOTO PDRM

BUKIT MERTAJAM, 11 Julai- Dua wanita yang ditemukan maut dalam kereta di sini, Pulau Pinang semalam disahkan meninggal dunia akibat terhidu gas helium.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Helmi Aris, kedua-dua mangsa berusia 25 dan 30 tahun itu adalah rakan karib.

Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan yang mengaitkan unsur jenayah.

Laporan kehilangan mereka juga telah dibuat oleh waris pada 5 Julai lepas.Difahamkan, mereka dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Kes itu dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....