Home Nasional Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra
Nasional

Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra

Dua premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jitra

Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, Jitra, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi / Foto RTM

JITRA, 16 Mac – Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, PgKB II Abd Fataf Amdan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 9.13 malam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Kuala Nerang bersama Pasukan Bomba Sukarela berdekatan segera dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan dua premis jenis bangunan kekal. Pasukan bomba menggunakan dua aliran dan tiga pancutan bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal pada pukul 9.35 malam,” katanya menerusi kenyataan.

Kebakaran tersebut mengakibatkan 90 peratus struktur bangunan kedua-dua premis musnah. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...