Home Nasional Dua pelajar perakaunan UiTM raih lima terbaik dunia peperiksaan ACCA
Nasional

Dua pelajar perakaunan UiTM raih lima terbaik dunia peperiksaan ACCA

Dua pelajar perakaunan UiTM raih lima terbaik dunia peperiksaan ACCA

Foto UiTM

SHAH ALAM, 25 Oktober- Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih kedudukan lima terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Fakulti Perakaunan UiTM dalam satu kenyataan berkata Danish Zafran Bazam memperoleh tempat kedua di dunia bagi kertas Advanced Financial Management (AFM), manakala Amin Zulharis meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Kejayaan Danish mengulangi kejayaan yang dilakarnya sebelum ini apabila dia diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023.

Di tanya rahsia kejayaannya, Danish berkata ia pada keyakinan diri yang tinggi, usaha konsisten, dan kesediaan untuk bertanya kepada pensyarah.

\”Perjalanan ini bukanlah tanpa cabaran, tetapi saya sentiasa ingat bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah,” kata Danish.

Sementara itu, Amin, yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM melalui program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar adalah melawan rasa malas.

“Kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA memberi saya motivasi tambahan untuk terus berusaha,” jelasnya.

Kejayaan luar biasa yang dicapai oleh kedua-dua pelajar membuktikan bahawa melalui dedikasi dan usaha yang konsisten, impian untuk mencapai kecemerlangan akademik dapat direalisasikan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....