Home Nasional Dua pekerja maut, letupan di bilik enjin kapal
Nasional

Dua pekerja maut, letupan di bilik enjin kapal

Dua pekerja maut, letupan di bilik enjin kapal

Dua kru maut, seorang parah selepas bilik enjin kapal Supply Amara meletup di perairan Samalaju, Bintulu.

BINTULU, 3 Ogos– Dua pekerja kapal maut dalam insiden letupan bilik enjin sebuah kapal di perairan Samalaju awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata dua mangsa maut yang belum diketahui identiti adalah kelasi kapal dari Sibu berusia 25 tahun dan rakannya pembantu jurutera berusia 36 tahun, dari Perak.

\”Seorang lagi mangsa juga lelaki tempatan berusia 22 tahun dari Sabah dilaporkan cedera parah pada muka dan tangan.

\”Ketika kejadian 16 kru berada dalam kapal Supply Amara dan polis menerima maklumat kejadian pada jam 2 pagi tadi,\” katanya dalam kenyataan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, pada jam 10.40 malam Jumaat, semua kru kapal berkenaan yang merupakan pekerja syarikat minyak dan gas, dikejutkan dengan satu bunyi letupan yang kuat pada bahagian bawah kapal dan mendapati bilik enjin terbabit mengeluarkan asap tebal dengan pintu utama tercabut akibat letupan tersebut.

Ujar Nixon lagi, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu, justeru dikategorikan sebagai kes kematian mengejut.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dirawat di hospital sama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....