Home Nasional Dua mayat warga asing ditemukan dalam longkang
Nasional

Dua mayat warga asing ditemukan dalam longkang

Dua mayat warga asing ditemukan dalam longkang

Foto RTM

ALOR SETAR, 19 Ogos-Dua mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan lama di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, petang tadi.

Bagaimanapun identiti kedua-dua individu yang dipercayai wanita itu masih belum diketahui.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, salah seorang mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan seorang lagi dalam keadaan terlentang dengan pelbagai kesan kecederaan di muka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan dua mayat tersebut.

Siasatan lanjut sedang dilakukan dan kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh terdekat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....