Home Nasional Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM Perak

MANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 212.3 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), awal pagi tadi.

Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24 tahun dan anak lelakinya berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad menerusi kenyataan berkata maklumat mengenai kejadian diterima pada pukul 5.15 pagi.

Siasatan mendapati, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dengan enam mangsa terlibat.

Dua mangsa maut manakala empat lagi mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....