Home Nasional Dua lelaki rentung dalam kebakaran
Nasional

Dua lelaki rentung dalam kebakaran

Dua lelaki rentung dalam kebakaran

Foto RTM

ALOR SETAR, 21 Januari- Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kekal di Tongkang Yard.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.51 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal.

\”Tindakan operasi pemadaman dilakukan dan api berjaya dibendung pada jam 7.11 pagi tadi dan dimaklumkan terdapat dua mangsa disyaki terbabit,\” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Kedua- dua mangsa berumur 64 tahun dan 19 tahun .

Katanya setakat pukul 9.50 pagi operasi pemadaman masih berlangsung.

\”Proses pemadaman lanjut sedang dilakukan untuk memastikan kedudukan seorang lagi mangsa,\”katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....