Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional Dua kapal dagang berlanggar di perairan Kota Tinggi, operasi SAR diaktifkan
Nasional

Dua kapal dagang berlanggar di perairan Kota Tinggi, operasi SAR diaktifkan

Dua kapal dagang berlanggar di perairan Kota Tinggi, operasi SAR diaktifkan

Maritim Malaysia menemukan kapal MT Hanifa Nile dan MT Ceres 1 yang berlanggar awal pagi tadi/ Foto: FB APMM

KOTA TINGGI, 19 Julai– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) berikutan insiden perlanggaran kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, berkata insiden perlanggaran dua kapal itu berlaku di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada jam 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasi operasi pencarian.

\”Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah;Bot PERKASA 29, bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan KD GEMPITA ke lokasi kejadian.

\”Bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 turut digerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan carilamat kedua-dua kapal berkenaan.

\”Aset Maritim Malaysia, bot PERKASA 29 telah tiba di lokasi insiden pada jam 9.50 pagi tadi dan sudah menemui kedua-dua kapal berkenaan,\” katanya dalam kenyataan, hari ini

Dalam pada itu, Saiful Lizan berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut sudah dimaklumkan berkenaan insiden berkenaan bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

\”Pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran,\” katanya.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...