Home Nasional Dua jurujual maut MPV dinaiki langgar lopak air sebelum rempuh pokok
Nasional

Dua jurujual maut MPV dinaiki langgar lopak air sebelum rempuh pokok

Dua jurujual maut MPV dinaiki langgar lopak air sebelum rempuh pokok

Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun

MARANG, 17 November- Dua jurujual maut selepas kenderaan pelbagai guna MPV yang dinaiki bersama dua lagi rakannya melanggar lopak air sebelum terbabas merempuh pokok.

Kejadian berlaku di Kilometer 45 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Farid Izwan Mohd, 24 tahun dan rakannya Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20 tahun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, hasil siasatan awal mendapati, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu itu melanggar lopak air di selekoh lalu terbabas merempuh pokok yang berada di kiri jalan.

Kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Manakala pemandu kenderaan Muhammad Shafiq Aizad Yusaini 26 tahun serta penumpang hadapan Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak 19 tahun cedera di bahagian kepala dan lengan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....