Home Nasional Draf MoU peruntukan pembangkang siap untuk diserahkan
Nasional

Draf MoU peruntukan pembangkang siap untuk diserahkan

Draf MoU peruntukan pembangkang siap untuk diserahkan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Ogos-Draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang telah siap dan sedia untuk diserahkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof , beliau telah mengarahkan supaya draf berkenaan diserahkan kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Fadillah turut memaklumkan sekiranya pihak pembangkang bersetuju dengan MoU itu, satu jawatankuasa mesyuarat bersama akan ditubuh antara pembangkang dan kerajaan.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang diselesaikan segera.

Fadillah ditemui selepas melancarkan program Car Free Day Putrajaya dan larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIX 2024, di sini pada Sabtu.

Pada Mei lepas, Datuk Seri Fadillah berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan.

Ia antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...