Home Nasional Dirempuh SUV, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Nasional

Dirempuh SUV, tiga penuntut UiTM Dungun maut

Dirempuh SUV, tiga penuntut UiTM Dungun maut

Tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah SUV / Foto RTM

DUNGUN, 9 Oktober –Tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Dungun maut, manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh sebuah SUV berhampiran universiti itu kira-kira pukul 7.20 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hasan, berkata ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

\”SUV yang melanggar mangsa dipandu oleh seorang wanita berusia 49 tahun dari Kampung Sura Tengah, Dungun, yang dipercayai mengalami masalah mental,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor, penuntut tahun dua Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Sementara Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor, masing-masing penuntut tahun dua Sarjana Muda Sains Perakaunan.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, dari Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur juga merupakan penuntut tahun dua Sarjana Muda Sains Perakaunan.

Punca kejadian masih dalam siasatan, namun pemandu SUV itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....