Home Nasional Digitalisasi pelancongan mudahkan promosi industri pelancongan negara – Ab Rauf
Nasional

Digitalisasi pelancongan mudahkan promosi industri pelancongan negara – Ab Rauf

Digitalisasi pelancongan mudahkan promosi industri pelancongan negara – Ab Rauf

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Digitalisasi dalam industri pelancongan negara memudahkan usaha memperkenal dan mempromosi destinasi pelancongan negara di persada antarabangsa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata mengadaptasi teknologi digital seperti teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu melancarkan aktiviti utama pelancongan seperti tempahan hotel.

Untuk itu, beliau berkata semua penggiat industri pelancongan tempatan perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan produk pelancongan negara.

“Pelancong dapat melakukan semua aktiviti tersebut di hujung jari mereka, tanpa perlu bergegas ke sana sini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan2024 di sini.

Tambah Ab Rauf, era digitalisasi yang serba canggih telah mempengaruhi hampir separuh daripada normalisasi sektor pelancongan terdahulu.

Oleh itu, beliau optimis, usaha dan komitmen berterusan daripada penggiat industri pelancongan tempatan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan antarabangsa.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...