Home Nasional Dewan Rakyat: Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin antara tumpuan
Nasional

Dewan Rakyat: Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin antara tumpuan

Dewan Rakyat: Risiko sekatan perdagangan akibat pertahan hak Palestin antara tumpuan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 November – Risiko sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat susulan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, RSN Rayer (PH-Jelutong) mengemukakan soalan berkaitan isu tersebut dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, sebaik sidang bermula pada pukul 10 pagi.

Dalam sesi sama, Perdana Menteri dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai alasan kontrak sewaan helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaksanakan secara pajakan tidak melalui tender terbuka antarabangsa atau pendekatan kerajaan kepada kerajaan (G to G).

Sementara itu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) akan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan langkah-langkah yang diambil bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangani kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar, pada sesi soal jawab lisan.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian yang terlibat.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari, bermula 14 Oktober lepas hingga 12 Disember ini. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....