Home Nasional Dewan Rakyat: Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan hari ini
Nasional

Dewan Rakyat: Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan hari ini

Dewan Rakyat: Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Februari– Pengurusan dana awam dan kejadian buli di Maktab Tentera Diraja antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng memandangkan Laporan Ketua Audit Negara masih menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan di banyak agensi kerajaan.

Beliau bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.

Pada sesi sama, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) meminta Menteri Pertahanan menyatakan langkah diambil untuk memberhentikan kejadian buli yang sudah membarah secara sistemik di Maktab Tentera Diraja.

Usai sesi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dijadual membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 untuk bacaan kali pertama.

Jurucakap Kerajaan MADANI Fahmi Fadzil dalam kenyataan sebelum ini berkata RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah langkah pertama dalam usaha mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara iaitu Parlimen.

Beliau berkata RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen.

Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan sesi penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh beberapa kementerian.- BERNAMA

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...