Home Nasional Dewan Rakyat: Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia–Indonesia
Nasional

Dewan Rakyat: Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia–Indonesia

Dewan Rakyat: Penganjuran Sukan SEA 2027, naik taraf sempadan Malaysia–Indonesia

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 dan isu naik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak, antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, pada sesi soal jawab Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rancangan untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak bagi memastikan penganjuran Sukan SEA 2027 di negeri itu berjalan lancar.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) akan bertanyakan Menteri Ekonomi mengenai penggunaan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak.

Turut menarik perhatian, pertanyaan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) kepada Menteri Kesihatan berhubung statistik masalah kesihatan mental melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi serta pendekatan dasar yang diambil kementerian dalam menangani isu itu.

Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi sama ada kementerian mempunyai sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada pempengaruh media sosial yang menghasilkan kandungan positif dan bermanfaat, memandangkan kerjaya itu semakin popular dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024, RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 serta RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Disember. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....