Home Nasional Dewan Rakyat: Mat rempit beraksi di lebuh raya antara tumpuan hari ini
Nasional

Dewan Rakyat: Mat rempit beraksi di lebuh raya antara tumpuan hari ini

Dewan Rakyat: Mat rempit beraksi di lebuh raya antara tumpuan hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Disember– Isu mengenai kumpulan mat rempit yang sering melakukan aksi berani di lebuh raya sehingga mengancam keselamatan pengguna lain menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Pang Hok Liong (PH-Labis) bertanya kepada Menteri Pengangkutan cara atau tindakan paling berkesan yang boleh diambil terhadap kumpulan itu dalam sesi soal jawab.

RSN Rayer (PH-Jelutong) pula menyoal Menteri Perpaduan Negara sama ada kerajaan bercadang menggubal Akta Keharmonian Agama bagi mengatasi polemik berkaitan isu itu di negara ini.

Selain itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan kesediaan ekosistem bekalan tenaga awam dan swasta negara dalam membekalkan tenaga hijau untuk operasi pusat data di Malaysia.

Turut bertanyakan soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah strategik jangka pendek, sederhana serta panjang bagi menangani kesan drastik terhadap industri sawit Malaysia susulan kenaikan cukai import 32 peratus oleh India dan pemotongan kadar levi eksport oleh Indonesia.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Keselamatan dalam Talian 2024, Rang Undang-Undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024.

Selain itu, Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024; Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024; Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 dan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari dari 14 Oktober hingga 12 Disember.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....