Home Nasional Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, martabat peranan AADK
Nasional

Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, martabat peranan AADK

Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, martabat peranan AADK

Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 yang bertujuan memartabatkanperanan pegawai pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

RUU dibentangkan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu diluluskan secara majoriti, dengan melibatkan perbahasan lebih 40 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Saifuddin berkata, RUU berkenaan mampu memartabatkan peranan pegawai pemulihan AADK tanpa mengenepikan tanggungjawab pegawai perubatan.

\”Dengan lulusnya akta ini, kedudukan atau status pegawai pemulihan itu kita upgrade (naik taraf) iaitu mereka punya kuasa untuk memberikan perakuan setelah lakukan verifikasi terhadap klien yang datang secara sukarela untuk menerima program rawatan dan pemulihan.

\”Kalau sebelum ini satu sahaja iaitu pegawai perubatan. Sekarang ini pegawai pemulihan boleh memperakukan setelah melakukan proses verifikasi.

\”Akta ini juga tidak sama sekali mengenepikan peranan pegawai perubatan. Hakikatnya di AADK seluruh negara sekarang, sudah ada pegawai perubatan dan ada penolong pegawai perubatan,\” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, RUU tersebut juga dapat memperluaskan akses rawatan dan pemulihan khususnya secara sukarela dalam kalangan penagih atau penyalahguna dadah dan bahan terlarang.

Beliau menambah, RUU tersebut kini dialihkan kepada nyahjenayah berbanding sebelum ini yang memberi penekanan kepada hukuman kepada pesalah dadah.

\”Dengan penggemblengan ini, kami harap AADK dengan tugas hakiki untuk uruskan mereka yang terlibat dengan bahan, dadah atau penagihan itu dapat ditangani dengan jauh lebih efektif.

\”Maksudnya mereka yang terlibat menagih atau menyalahguna bahan, kalau sebelum ini opsyennya satu (sahaja), iaitu pemenjaraan.

\”Tetapi kali ini kita salurkan kepada rawatan dan pemulihan di bawah AADK. Bukan sahaja 30 AADK yang kita ada, tetapi juga ada pusat rawatan pemulihan dadah persendirian,\” ujar beliau.

Pindaan RUU berkenaan dibawa ke pembentangan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua pada 9 Julai lalu adalah kali pertama sejak 2004.

Related Articles

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal
Nasional

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal

Kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara),...

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Nasional

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf berucap merasmikan Sambutan HSN 2024...

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri
Nasional

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– 2,612 penduduk terjejas daripada 819 keluarga di...

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi
Nasional

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil...