Home Nasional Dewan Rakyat: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi akan dibincang hari ini
Nasional

Dewan Rakyat: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi akan dibincang hari ini

Dewan Rakyat: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi akan dibincang hari ini

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini, isu agenda reformasi institusi, pembaharuan reaktor nuklear dan penyelewengan diesel subsidi di Malaysia.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu agenda reformasi institusi dibangkitkan oleh Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan.

Aminolhuda ingin tahu prestasi agenda reformasi institusi yang ditekankan oleh Perdana Menteri dalam menerajui Kerajaan Perpaduan dan tarikh lantikan pengerusi institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat melalui lantikan Parlimen.

Pada sesi sama, Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan rancangan kementerian untuk membina reaktor nuklear baharu dengan teknologi yang lebih baharu dan canggih bagi menggantikan Reaktor Triga Puspati (RTP) yang sudah digunakan sejak 1982.

Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pula bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai tindakan tegas yang diambil bagi membanteras penyelewengan diesel subsidi di Malaysia terutama di negeri bersempadan dengan negara jiran seperti Sarawak, serta langkah proaktif bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan-bahan bersubsidi lain.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Disember.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....