Home Nasional Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Nasional

Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari

Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Oktober menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata persidangan kali ini juga menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK), telah membuat penerangan masing-masing berjumlah tujuh penerangan untuk penyata-penyata yang telah dibentangkan.

Beliau berkata dua inisiatif baharu akan dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama tahun depan dalam usaha mengamalkan paperless policy dan berkesinambungan daripada usaha inisiatif hijau (green initiative) yang diterap dalam persekitaran Parlimen Malaysia pada masa ini.

\”Pertama, jawapan bertulis daripada pihak kementerian kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat akan diberikan secara terus melalui e-mel. Kedua, kertas Aturan Urusan Mesyuarat hanyalah melibatkan Bahagian Pertama iaitu Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

\”Aturan Urusan Mesyuarat yang lengkap melibatkan Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan senarai rang undang-undang dan usul-usul serta risalat-risalat yang diberikan secara fizikal sebelum ini, akan dimuat naik ke e-risalat dalam laptop Ahli-Ahli Yang Berhormat serta di laman sesawang Parlimen Malaysia,\” katanya dalam ucapan penangguhan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Johari menyeru semua ahli Parlimen untuk membulatkan tekad dalam menggembleng usaha demi memelihara kedaulatan, kestabilan dan kemakmuran bersama, dengan menyokong sepenuhnya kepengerusian Malaysia dalam ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) 2025.

\”Di bawah tonggak legislatif, Parlimen Malaysia akan menjadi Presiden AIPA yang merupakan suatu platform memperkukuh kesinambungan kerjasama antara badan-badan legislatif negara-negara anggota ASEAN dan juga menjadi wadah untuk membincangkan isu-isu penting seperti kestabilan geopolitik, keterjaminan makanan, inovasi digital dan perkembangan tenaga boleh diperbaharui.

\”Ruang dan peluang yang tersedia ini membolehkan Parlimen Malaysia memperkukuh hubungan diplomasi Parlimen melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, serta mencari penyelesaian secara bersama dalam menangani cabaran serantau dan global,\” katanya.

Dalam ucapan penangguhan itu juga Johari mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli Parlimen yang telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan.

\”Pemeriksaan kesihatan tersebut sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan Ahli Yang Berhormat pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil dan dapat menjalankan tugas dengan baik,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....