Home Nasional Delegasi Pengakap Negeri Kedah sertai Perhimpunan Internasional 3 Negara
Nasional

Delegasi Pengakap Negeri Kedah sertai Perhimpunan Internasional 3 Negara

MEDAN, 7 Ogos-Seramai 47 delegasi Pengakap Negeri Kedah menyertai Perhimpunan Internasional 3 Negara yang diadakan di sini.

Perhimpunan tersebut mengumpulkan lebih 150 pemimpin dan ahli pengakap dari tiga negara iaitu Medan, Indonesia; Selatan Thailand, Thailand; dan Kedah, Malaysia.

Delegasi Pengakap dari Kedah diketuai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Dr Zulkifly Muhamad dan turut disertai Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr. Mohd Zin Bidin.

Datuk Dr. Zulkifly berkata, perhimpunan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli pengakap, malah menambah keakraban hubungan dalam pelbagai sektor melibatkan ketiga-tiga negara berjiran itu.

Disamping itu, ia juga bagi membincangkan kerjasama dan program-program yang akan dilaksanakan selepas ini.

Pada majlis tersebut, beberapa ahli pengakap Kedah termasuk Datuk Dr Zulkifly menerima Medan Award Medals atas jasa dan komitmen yang diberikan dalam memartabatkan persatuan pengakap sama ada di dalam mahupun luar negara.

Anugerah Bintang Semangat Rimba Emas pula diberikan kepada Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin; dan Wali Kota Medan, Muhammad Bobby Afif Nasution.

Pengakap dari Medan, Kedah dan lima wilayah di Selatan Thailand iaitu Pattani, Buriram, Songkhla, Phattalung dan Satun turut menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman, MoU sebagai tanda kesepakatan bersama.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...