Home Nasional Delegasi Parlimen sertai AIPA
Nasional

Delegasi Parlimen sertai AIPA

Delegasi Parlimen sertai AIPA

FOTO PARLIMEN

VIENTIANE, 21 Oktober – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45 dalam satu majlis makan malam di sini.

Majlis makan malam yang bermula pada 8.30 malam (waktu tempatan) itu diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Laos Edy Irwan Mahmud.

Delegasi Parlimen Malaysia ke mesyuarat selama empat hari bermula Jumaat yang diketuai Johari itu turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bersama tiga Senator dan 11 Ahli Parlimen.

Wakil Ahli Dewan Negara ialah Datuk Seri Dr Zurainah Musa, Abun Sui Anyit dan Roderick Wong manakala Ahli Parlimen ialah Wong Chen (Subang), Datuk Awang Hashim (Pendang) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang).

Ahli Dewan Rakyat yang lain ialah Young Syefura Othman (Bentong), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera), Cha Kee Chin (Rasah), Azli Yusof (Shah Alam), Yusof Abd Wahab (Tanjong Manis), Rodziah Ismail (Ampang), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) dan Dr Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani).

Ahli Parlimen dan Senator berkenaan masing-masing dipertanggungjawabkan untuk menghadiri sesi-sesi mesyuarat dua hala dan dialog yang telah direncanakan bersempena dengan Perhimpunan Agung AIPA itu.

Turut diraikan pada majlis makan malam berkenaan ialah petugas daripada beberapa kementerian dan media dari Malaysia.

Hari ini, merupakan kemuncak majlis penutup Mesyuarat Agung AIPA, akan menyaksikan Laos selaku Pengerusi AIPA secara simbolik menyerahkan jawatan Pengerusi AIPA kepada Johari selaku Presiden AIPA ke-46 bersempena dengan Kepengerusian AIPA dan ASEAN oleh Malaysia tahun depan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....