Home Nasional Deepavali: PM beri sumbangan kepada Jayalechmi, Joselyn
Nasional

Deepavali: PM beri sumbangan kepada Jayalechmi, Joselyn

Deepavali: PM beri sumbangan kepada Jayalechmi, Joselyn

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 31 Oktober– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan serta kelengkapan Deepavali kepada Jayalechmi dan keluarganya.

Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan penyerahan itu diwakili Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

Sumbangan yang disampaikan berbentuk keperluan asas dan kelengkapan menyambut perayaan pesta cahaya, tahun ini.

\”Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah.

Moga sumbangan ini meringankan beban kehidupan dan memeriahkan lagi sambutan kehadiran Hari Deepavali pada kali ini,\” kata kenyataan di Facebook Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut menyampaikan sumbangan sama kepada Joselyn Dewi dan keluarga.

Perdana Menteri turut membantu permohonan Joselyn untuk mendapatkan kad pengenalan disegerakan.

Selain itu, Joselyn juga menjaga dua orang adiknya yang masih bersekolah serta seorang adik bongsunya yang autisme.

\”Joselyn memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina,\” tambah Anwar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....