Home Nasional Deepavali: 98 keluarga rumah panjang Bukit Kiara terima bantuan
Nasional

Deepavali: 98 keluarga rumah panjang Bukit Kiara terima bantuan

Deepavali: 98 keluarga rumah panjang Bukit Kiara terima bantuan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Kira-kira 98 keluarga daripada rumah panjang Bukit Kiara menerima bantuan sempena perayaan Deepavali, tahun ini.

Sumbangan itu termasuk pemberian wang tunai dan keperluan asas.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata langkah itu dibuat bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan itu, hujung bulan ini.

\”Kita telah sampaikan bantuan Deepavali bernilai RM500 untuk satu keluarga. Bantuan ini ditaja oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Tambahan itu, kita telah bagi satu beg keperluan asas bernilai RM70 berisi minyak, bawang dan tepung.

Ia bagi meringankan beban mereka menyambut Deepavali,\” kata Hannah Yeoh.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut dan menyalurkan bantuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Friends of Bukit Kiara dan pejabat Ahli Parlimen Segambut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....